Pasca-PAU 2024: Pentingnya Keyakinan Orang Melayu Kembali Kepada UMNO – Syed Mohd Johan

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri menekankan pentingnya keyakinan orang Melayu kembali kepada UMNO dan menolak politik toksik yang dibawakan pihak lawan.

Katanya, kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) di PRK Nenggiri telah menjadi satu tonik yang menyuntik semangat UMNO secara keseluruhannya kepada parti.

“Momentumnya akan kita cuba bawa pula di DUN Makhota nanti insya-Allah. Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 bermula dengan penuh semangat tapi diraikan dengan penuh keinsafan.

“Kita tak membangga diri kerana kita yakin ‘we just winning one battle but the war has yet to come’. Masih banyak benda lagi yang UMNO perlu buat dan lakukan.

“Kita kena tentang naratif politik yang toksik dari mereka yang kononnya lebih Melayu dan Islam, namun gagal mengamalkannya. Jika diteliti, saya melihat semua yang diperkatakan dari PAU adalah tentang pentingnya keyakinan orang Melayu kembali kepada UMNO,” katanya mengulas berkaitan pasca-PAU 2024 yang berakhir Sabtu lalu.

Ujarnya, dalam PAU 2024, naib-naib presiden, timbalan presiden, ketua-ketua sayap malah presiden pun telah menyuarakan amanat dan azimat dalam ucapan dasar dan penggulungan yang segala hala tuju dasar perlu sama-sama diperjuangkan.

“Gagasan 3,4,5 yang menggariskan tiga rukun politik, empat ciri dominan dan lima agenda besar mesti kita semua teliti dan hadam dengan baik terutamanya pada ahli-ahli UMNO tentang apa yang tersurat dan tersirat. Realitinya, perkongsian kuasa menuntut politik kesederhanaan, ini ‘is the real’ UMNO.

“Ya, saya akui UMNO ‘was at the lowest point’ selepas PRU ke-15. ‘The worst in the history’. Dari kemenangan mendapat sokongan terbesar 63% undi popular pada PRU ke-11 dan PRU ke-15 merekodkan ‘that we lost’ by 40% margin yang hanya tinggal 23% sokongan. Tapi hari ini, UMNO alhamdulillah masih bernafas.

“Insya-Allah, UMNO akan bangkit kembali dan kepada Allah kita berserah. Terdesak bagaimanapun sekurang-kurangnya UMNO belum pernah berguling atas jalan sambil julang bendera Dap macam satu puak tu. Alhamdulillah, sebab itulah UMNO syukur sangat apabila kembali diyakini orang Nenggiri.”

Beliau mengakui bahawa perjalanan UMNO masih jauh dan panjang, banyak yang belum selesai.

“Kami orang-orang UMNO akan terus berjuang selagi ada hayat jadi macam mana nak kembalikan keyakinan orang Melayu pada UMNO? Adakah kita perlu pakai lebai ataupun kita perlu tunggang agama untuk dapat undi? Main sentimen ‘3R’, berlagak suci… itu bukan cara UMNO.

“Lima agenda besar yang telah digarapkan presiden untuk memulakan anjakan sosial, ekonomi dan budaya serta politik agar UMNO diyakini menjadi tempat Melayu berteduh. Sejarah ‘track record’ UMNO merekodkan penubuhan Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan, Penubuhan MARA, FELDA, FELCRA dan pelbagai agensi orang Melayu dan bumiputera… ini merupakan ‘track record’ UMNO dan BN.

“Inilah yang kita kena dagang, inilah cara UMNO. Bukan hanya mencipta naratif politik toksik, kebencian, 3R dan label-melabel. Dalam kerajaan perpaduan ini, UMNO masih kekalkan perjuangan UMNO. Kita perkasakan orang Melayu, kita beri ilmu, kita beri kemahiran dan kita angkat pendapatan yang setimpal untuk orang Melayu cumanya kita ni manusia, dah tentu ada kelemahan.”

Justeru beliau berharap agar anggota parti dapat atasi pelbagai kelemahan dan terus bangkit.

“Kita sama-sama buang yang negatif, ambil yang positif. Pasti kita buat betul-betul kerja kita. Apa kerja kita… kerja kita, ‘we serve the people, we serve the rakyat, we serve orang Melayu, we serve’ agama kita.

“Tak kira bulu, tak kira bendera, kita bantu segalanya. Cumanya, kali ini kita mungkin kena buat yang lebih hebat dan ekstra. Tak boleh nak cakap retorik dan ‘sweet talk’. UMNO perlu ‘work hard and make it happen and we have to do extra’ dan ‘smart’,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.