Perkasakan Media Sosial, YB Helmi Dan Dr Akmal Antara Contoh Terbaik – Dira

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidiriah Abu Zahar menjadikan contoh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, YB Helmi dan Adun Merlimau, Datuk Dr Akmal Saleh yang mengaplikasikan media sosial dengan bijak dan boleh diaggap berjaya.

Katanya pendekatan sedemikian boleh dijadikan contoh serta langkah yang boleh diteladani dalam usaha memastikan UMNO terus mengorak langkah ke depan sekaligus menggamit sokongan masyarakat.

“Di sebalik perubahan iklim politik, medan pertempuran politik bukan hanya di dewan parlimen atau pertemuan fizikal tetapi juga menerusi platform media sosial yang semakin menjadi medan utama untuk membentuk persepsi serta meraih sokongan.

“Kita lihat bagaimana YB Helmi dan YB Dr Akmal telah menggunakan media sosial dengan sanngat bijak. Mereka bukan sekadar ada akaun media sosial tetapi mereka benar-benar mencipta jenama yang menarik minat orang ramai. Ini bukan kerja mudah dan ianya memerlukan keberanian untuk mencuba pendekatan baharu, untuk benar-benar memahami apa yang diinginkan oleh rakyat termasuklah kalangan pengundi muda,” katanya selaku pembahas Melaka pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2024, pada Sabtu.

Beliau seterusnya menambah pendekatan mereka yang tidak konvensional serta keluar daripada norma biasa sebenarnya selari dengan perubahan citarasa hari ini. Mereka adalah contoh yang perlu kita semua teladani, bukan sekadar kelihatan relevan tetapi untuk memastikan kehadiran kita dirasai oleh rakyat.

“Pada zaman sekarang menjadi seseorang ‘influencer’ bukan sekadar tentang populariti. Ia juga tentang bagaimana kita boleh mencipta kandungan yang benar-benar menarik, yang mampu menggerakkan hati dan fikiran masyarakat.

“UMNO perlu melahirkan lebih ramai ahli serta penyokong yang bukan sahaja aktif di media sosial tetapi juga mampu mencipta kandungan yang bermakna serta berpengaruh selain kandungan yang boleh membawa cerita kita dengan cara yang menarik, insya-Allah,” tambahnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.