Baiki Parti, Bangunkan Jati Diri Dan Jangan Sangsi Pada Presiden – Haslinda Salleh

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Exco Wanita UMNO Malaysia, Haslinda Salleh berharap ahli-ahli UMNO mengambil peluang dan semangat yang disampaikan oleh Presdien UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024

Menurutnya, dengan kata-kata semangat itu sudah pasti ahli parti dapat membangunkan siasah diri serta membaiki parti agar kembali kuat.

“Saya harap ahli parti mengambil peluang dan semangat yang diberikan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk terus membaiki parti, membangunkan jati diri setiap ahli parti.

“Ahli parti jangan merasa sangsi dan ragu pada Presiden tapi berikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepadanya dan percaya bahawa kita akan dibela oleh parti UMNO, seperti slogan dulu, kini dan selamanya,” katanya kepada UMNO Online.

Haslinda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, menzahirkan penghargaan pada Presiden parti di atas kemenangan yang dicapai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

“Syabas dan tahniah kepada DUN Nenggiri kerana telah merampas kembali kerusi tersebut dengan kejayaan yang amat besar.

“Saya harap ahli parti dapat meneruskan usaha gigih bagi memenangkan calon dalam PRK bagi DUN Mahkota dan sudah pasti ahli-ahli parti tidak sabar untuk membantu kemenangan di kawasan tersebut,” katanya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit