Pidato Piala Datuk Nurul Amal Melabuhkan Tirai, Lahirkan Bakat Baharu Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata Pertandingan Akhir Pidato Piala Datuk Nurul Amal 2024 yang sudah melabuhkan tirainya sebentar tadi membawa manifestasi tersendiri kepada sayap parti ini dalam melahirkan bakat baharu pemidato.

Jelas beliau, penganjurannya yang fokus kepada wanita muda ini terbuka kepada ahli dan bukan ahli UMNO, sekaligus mampu menarik penglibatan mereka bersama parti keramat ini.

“Jadi inilah antara inisiatif Puteri pada tahun ini, Perhimpunan Agung UMNO  untuk kita lahirkan lebih ramai lagi dalam kalangan Puteri dan ada yang bukan di kalangan Puteri yang masuk ke pidato kita ini.

“Sebenarnya Puteri UMNO Malaysia memfokuskan wanita muda Malaysia. Jadi saya hendak mengajak dekat sini kepada semua peserta, yang mula-mula (saringan awal) lebih seratus orang sama ada ahli ataupun belum ahli lagi bersama-sama Puteri UMNO Malaysia, kita perkasakan wanita muda Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pertandingan Akhir Pidato Piala Datuk Nurul Amal 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan kepimpinan lain.

Nurul Amal dalam pada itu berkata, pertandingan ini telah diadakan pada 10 Ogos lalu yang menyaksikan seramai 100 orang peserta daripada seluruh negara.

Meskipun diadakan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri namun ia tidak menghalang penganjurannya yang turut sama melibatkan penyertaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; dan Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin sebagai juri.

Terdahulu, Ahmad Zahid pada peringkat akhir sebentar tadi berbesar hati menyampaikan hadiah kepada Sufiatul Aishah Rashidi yang merupakan wakil daripada Pulau Pinang, Norfatin Syahira Zolkafli (tempat kedua) dan Siti Norhayati Ali (tempat ketiga). – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.