PENTalk Berjalan Lancar, Beri Inspirasi Kejayaan UMNO Dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Program PENTalk yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia berjalan dengan lancar dan dilihat dapat memberikan inspirasi kepada para hadirin mengenai kejayaan serta pencapaian UMNO sepanjang berada dalam Kerajaan Perpaduan.

Bukan sahaja diisi dengan perkongsian daripada menteri-menteri dari UMNO, PENTalk ini juga turut melibatkan figura-figura hebat seperti menteri-menteri besar, mahasiswa dan pemimpin dari Wanita UMNO.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said menganjurkan program ini untuk berkongsi kejayaan dan strategi pencerahan terbaik kepada ahli dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga turut hadir bagi mengikuiti sesi terbabit. Terdahulu beliau telah menyempurnakan perasmian ‘Anjung Pejuang’ diikuti dengan perkongsian pencapaian UMNO/Barisan Nasional (BN) oleh figura-figura parti yang terdiri daripada menteri, timbalan menteri dan menteri besar.

Antara figura yang memberi perkongsian tersebut adalah Menteri Pertahanan merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Perladangan dan Komoditi merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani; Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Selain itu, antara figura lain yang berkongsi mengenai kecemerlangan UMNO/BN adalah Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Menteri Besar Perak merangkap Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi merangkap Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman juga telah berkongsi resepi kejayaan UMNO/BN merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang lalu dalam slot ‘NenggiriKita’.

Sebelum itu, terdapat tujuh slot perkongsian para pemimpin UMNO/BN dari aspek pengurusan propaganda menjelang PRU ke-16, media sosial, komunikasi dan kecerdasan buatan (AI) termasuklah dalam memulihkan sokongan anak muda terhadap parti.

Antara panel yang terlibat ialah Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam; Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Exco Wanita UMNO, Datin Naszriah Ngasri.

Sesungguhnya, perkongsian yang telah diberikan oleh panel-panel jemputan dapat menyuntik semangat juang para hadirin terdiri daripada perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 untuk terus bekerja bagi memulihkan dan memperkukuh parti pada masa akan datang. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit