Tahniah… Aspirasi Azmawi Yakinkan Pengundi Nenggiri – Wanita UMNO

GUA MUSANG, 18 Ogos – Wanita UMNO mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Barisan Nasional (BN) dan Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atas kejayaan yang gemilang di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kejayaan ini membuktikan BN berjaya kembalikan kepercayaan rakyat Nenggiri terhadap Mohd Azmawi Fikri yang telah berusaha gigih dalam memperjuangkan isu-isu tempatan dan membawa perubahan positif hasil daripada suara rakyat.

“Tidak lupa juga, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh jentera UMNO dan BN di bawah pimpinan Presiden terutamanya Wanita UMNO, rakan parti Kerajaan Perpaduan serta para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus siang dan malam, bekerja keras demi kemenangan ini.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada pengundi DUN Nenggiri yang telah beri mandat dan sokongan kepada YB Azmawi Fikri dan BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Noraini seterusnya menambah Wanita UMNO yakin dengan semangat serta aspirasi yang di bawa Azmawi, DUN Nenggiri akan terus berkembang maju dan sejahtera. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit