Raptai Acara Tradisi PAU 2024 Berjalan Lancar, Diwarnai Semangat Parti

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Raptai perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 telah berlangsung di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pagi tadi.

Seperti kelaziman kemeriahan sambutan menyaksikan perbarisan oleh Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia dan Skuad Sabil dari Pergerakan Pemuda UMNO.

 

Raptai bermula seawal 7.30 pagi itu dikendalikan oleh Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan bermula dengan upacara menaikkan bendera sayap-sayap UMNO disusuli nyanyian lagu parti ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meninjau persiapan raptai PAU serta kakitangan Ibu Pejabat UMNO selaku urus setia persidangan.

Raptai ini adalah antara persediaan terakhir sebelum PAU 2024 yang akan bermula pada Rabu.

KUALA LUMPUR 18 Ogos–Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memberikan sedikit taklimat ketika menghadiri raptai perbarisan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan berlansung pada 11hb hingga 14hb di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini

Selain raptai di Plaza Merdeka, raptai dalam dewan juga akan diadakan membabitkan persidangan ketiga-tiga sayap pergerakan dan perasmian perhimpunan agung di Dewan Merdeka.

Untuk rekod PAU 2024 bakal berlangsung pada 21 sehingga 24 Ogos ini akan mengumpulkan perwakilan daripada 191 bahagian seluruh Malaysia sebagai tanda manifestasi kepada semangat perjuangan parti yang tidak pernah luntur.

 

PAU 2024 akan dimulakan dengan perasmian sayap-sayap oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan mengambil tempat pada esoknya.

Hari pertama tersebut juga menyaksikan Taklimat Presiden oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bagi menyampaikan aspirasi beliau kepada akar umbi parti untuk memastikan parti ini terus relevan dalam mendepani dinamika politik hari ini.

Ia melibatkan 6,433 perwakilan daripada seluruh negara termasuk kehadiran ketua-ketua Penerangan bahagian yang dijadikan perwakilan automatik sebagaimana pindaan kepada Perlembagaan dan peraturan mesyuarat pada PAU sebelum ini.

PAU kali ini juga seperti kebiasaannya dengan adanya 100 gerai jualan yang akan dibuka kepada orang ramai dengan harga berpatutan disediakan sepanjang tempoh berlangsungnya persidangan ini.

Penganjuran ini melibatkan sebanyak 60 buah agensi media melibatkan media cetak dan elekronik iaitu 54 agensi tempatan dan enam agensi antarabangsa dengan penglibatan seramai 390 orang petugas media yang telah berdaftar yang melakukan liputan sepanjang pelaksanaan PAU selama empat hari. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.