PRK Nenggiri: Awie Tunai Tanggungjawab, Seru Pengundi Terus Keluar Mengundi

GUA MUSANG, 17 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani selesai membuang undi pagi tadi bersama isteri di Pusat Daerah Mengundi Bertam Lama.

Beliau yang tiba bersama isterinya di Tadika Sri Bakawali, Bertam Lama menunaikan tanggungjawab berkenaan bersama pengundi yang lain pada PRK Neggiri yang berlangsung hari ini.

“Alhamdulillah, saya dan isteri selesai menjalankan tanggungjawab dengan mengundi pada pagi ini. Saya berharap semua berjalan lancar. Saya menyeru agar seluruh pengundi di keluar beramai-ramai bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih,” katanya.

PRK DUN Nenggiri melibatkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon Pas Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Pada Pilihan Raya Negeri Kelantan Ogos tahun lalu, calon BN Ab Aziz Yusoff tewas kepada Mohd Azizi yang bertanding di bawah tiket PAS mewakili PN dengan majoriti 810 undi. – UMNO Online

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.