Aplikasi PAU Lebih Baik, Ruang Angkat Cadangan Untuk Dilaksana Kerajaan – Zainuri

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Zainuri Zainal menekankan bahawa Perhimpunan Agung UMNO amat penting lantaran banyak cadangan-cadangan bernas dari para pewakilan dapat dibawa ke peringkat kerajaan bagi pelaksanaan secara holistik.

Katanya, setiap persidangan itu adalah penting kerana di dalamnya terkandung banyak pengisian termasuklah dengan ucapan dasar Presiden UMNO sendiri.

“Saya merasakan setiap perhimpunan itu penting misalnya apabila ucapan dasar presiden itu sendiri, ada dasar-dasar yang akan dibawa untuk ke peringkat kerajaan misalnya macam dasar-dasar sekolah agama dan tahfiz yang dibawa oleh Presiden pada PAU yang lepas.

“Dasar (ekonomi) Gig juga yang dibuat oleh UMNO dan disambut oleh kerajaan hari ini hingga wujudnya Suruhanjaya Gig yang mana semua disatukan.

“Dengan suara dari UMNO ada suruhanjaya yang akan memayungi mereka dan akan memberikan bantuan dan pertolongan. Maknanya, mereka ni kalau apa-apa masalah, dia dah ada satu suruhanjaya.”

Justeru kata Zainuri kepada UMNO Online, maknanya penting untuk pelaksanaan PAU kerana ia akan bawa dasar-dasar untuk dipersetujui oleh para-para perwakilan.

“Dan sekiranya usul itu dipersetujui oleh para perwakilan, akan dibawa kepada kerajaan untuk dibentangkan di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Maknanya kita akan mendapat maklumat awal sebelum ianya dilaksanakan di peringkat kerajaan, kita para perwakilan ataupun wakil-wakil negeri akan dapat maklumat untuk kita tahu dan bolehlah kita ceritakan bahawa inilah dasar-dasar yang dibawa oleh UMNO di peringkat kerajaan negeri.”

Beliau juga memberikan contoh lain hasil idea yang dicadangkan dalam PAU dan kemudian diangkat sebagai pelaksanaan oleh kerajaan.

“Jadi makna kita tahu dasar-dasar yang sebelum-sebelum ini sebenarnya banyak yang dibawa oleh perwakilan.

“Dasar ekonomi baru, dasar gig, dasar agama dan TVET… banyak dan mungkin lepas ini ada juga dasar industri yang menguntungkan rakyat dan khususnya orang-orang Melayu.

“Di sinilah yang kita nak tahu dan kita dengar juga pergulungan, kita dengar perbahasan yang dibawa oleh wakil-wakil negeri. Maknanya kita akan tahu informasi-informasi yang terkini yang akan dibawa melalui ucapan dasar presiden parti dan para pembahas. Jadi jangan lepaskan peluang ini,” katanya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit