PRK Nenggiri: Pilih Awie, Janji Dicepati… Bukan ‘Dicapati’ – Puad

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berharap rakyat di Nenggiri pada esok untuk memanfaatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan mengundi calon UMNO/Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul.

Beliau percaya Mohd Azmawi yang lebih dikenali sebagai Awie seorang yang realistik dan akan menunaikan janji beliau kepada penduduk di kawasan ini.

“Mulai 14 Ogos 2024 mesin juruwang automatik (ATM) mula beroperasi di Kampung Jerek, Gua Musang. Kira kira 30,000 penduduk akan dapat kemudahan darinya.

“Ia dibuka lima hari selepas dijanjikan oleh calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie. Maksudnya janji dicepati bukan ‘dicapati’.

“Awie tidak perlu manifesto. Dia tahu apa orang Nenggiri mahukan dan yang dijanjikan dapat perhatian segera daripada pihak bank sebelum hari mengundi esok. Itu terbaik Awie wajar dipilih. Awie lebih realistik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Mohd Azmawi Fikri, 38, yang membesar di Kampung Bertam Lama, merupakan calon BN bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mewakili Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Naib Presiden gerakan belia 4B Malaysia itu akan menghadapi lawannya calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail yang juga bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam PRK berkenaan.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pernah muncul johan Anugerah Belia Perdana Kelantan (Persatuan) pada 2022.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada esok 17 Ogos, kerusi DUN Nenggiri mempunyai 20,259 pemilih berdaftar, melibatkan 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.