Pengundi Nenggiri Diseru Pilih Awie, Manfaatkan Hubungan Dengan Kerajaan Pusat – Nizar Zakaria

GUA MUSANG, 15 Ogos – Berbaki dua hari lagi berkempen sebelum penutupan rasmi kempen Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, dapat dilihat bahawa penerimaan pengundi cukup yakin dengan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dengan jenteranya terus melipatgandakan usaha menyantuni masyarakat.

Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria mengingatkan dan menyeru semua pengundi di DUN Nenggiri untuk membuat pilihan yang tepat dengan menyokong calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Awie, dalam PRK ini.

Menurutnya, Awie adalah calon yang memiliki kemampuan dan dedikasi tinggi dalam memperjuangkan nasib rakyat Nenggiri.

“Saya berpesan kepada seluruh pengundi DUN Nenggiri, pilihlah calon daripada BN, Awie untuk dinobatkan sebagai wakil rakyat. Beliau seorang yang muda, mempunyai kelebihan-kelebihan dan telah pun bersama dalam organisasi parti, berkhidmat, membantu dan merancang.

“Saya yakin dan percaya Awie mampu untuk membawa suara rakyat atau pun masyarakat di Nenggiri. Pada masa yang sama juga mengingatkan adik kakak yang berada di luar sebagai pengundi yang akan balik mengundi pada hari sabtu ini.

“Undilah calon nombor dua, Awie yang mempunyai latar belakang yang cukup baik dan mempunyai potensi untuk memimpin dan membawa pendekatan ke arah pembangunan, insfrastruktur dan sebagainya. Bukan hanya pembangunan insfra tetapi pembangunan modal insan juga,” katanya ketika ditemui UMNO Online di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Taman Agropolitan, Rantau Manis (ECER), di sini.

Mengulas lanjut kata Nizar lagi, calon BN telah melakukan serta menyantuni rakyat Nenggiri tidak mengira umur dan kebanyakkannya rakyat kawasan ini mengenal beliau.

“Sudah banyak tempat beliau lakukan dengan berjumpa masyarakat yang bervariasi dan pelbagai umur serta rakyat Nenggiri pun mengenal calon BN.

“Awie bukan sekadar calon muda yang berpotensi, tetapi beliau juga telah menunjukkan kesungguhan dalam berkhidmat kepada masyarakat. Memilih Awie bermakna memilih masa depan yang lebih baik untuk Nenggiri,” katanya.

Tambahnya, beliau mendoakan agar calon BN menang dengan sukses pada PRK ini.

“Kita doakan Awie sukses dan menang pada pilihan raya ini. Kepada jentera-jentera parti BN, kita berkerja, bergerak sehingga ‘due day’ tersebut. Tidak kira dimana mereka berada di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Nenggiri ini termasuk orang asal yang ada di dalam kawasan ini untuk memberikan sokongan padu kepada calon BN.

“Selamat mengundi, saya doakan segala-galanya dipermudahkan oleh Allah SWT,” ujarnya.

Terdahulu Nizar telah mengadakan program santai dan sukaneka yang berlangsung di padang Taman Agropolitan (ECER) dengan suasana yang cukup meriah.

Jelasnya, keakraban dan pendekatan jelas terlihat dalam sukan rakyat ini dengan acara yang dipertandingkan seperti sepak takraw, boling kelapa dan sebagainya.

“Saya melihat anak-anak muda di sini berbakat dan program yang diadakan ini mendapat sambutan cukup baik. Setiap petang masyarakat di sini memanfaatkan apa yang diberi oleh kerajaan seperti padang futsal, gelanggang sepak takraw dan sebagainya.

“Inilah tempat mereka berkumpul untuk dimanfaatkan dan juga difahamkan mereka mempunyai pasukan futsal dan setiap pertandingan akan diikutinya.

“Saya tahu peranan mereka juga yang menginginkan pembangunan dan sebagainya serta sudah pasti pada PRK ini masyarakat akan memilih calon nombor dua (Awie),” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit