Alhamdulillah Maklum Balas Penduduk Nenggiri Cukup Baik Untuk Awie

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Keyakinan penduduk serta masyarakat setempat terhadap calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani Alhamdulillah menampakkan sokongan yang baik.

Malah ketika dikunjungi jentera kempen pelbagai peringkat termasuklah Ketua UMNO Bahagian Klang, Datuk Zainuri Zainal yang mewakili Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mendapati masing-masing berkeyakinan kepada Azmawi atau lebih dikenali Awie.

Kunjungannya ke beberapa tempat sekitar Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jerek disambut baik oleh penduduk kampung dan masing-masing insya-Allah sedia memberikan kepercayaan kepada calon BN 17 Ogos ini.

“Alhamdulillah, saya dapati calon kita ini punya kelebihan sebab rata-rata, bila kita pergi ke rumah-rumah yang kita ziarah ini semua kenal. Dan ada juga yang letak poster calon kita Azmawi ini di dalam rumah. Maksudnya, mereka memerlukan dan mahukan seorang calon yang dekat dengan mereka.

“Rata-rata memberikan maklum balas yang cukup baik serta calon ini mudah didekati dan juga dah pun buat kerja sebelum daripada ini lagi. Kemenangan Awie akan menambahkan lagi satu suara pembangkang di Kelantan untuk kepentingan masyarakat setempat,” katanya kepada UMNO-Online

Zainuri seterusnya menambah PRK Nenggiri amat penting memandangkan ia adalah satu peluang manifestasi rakyat di DUN berkenaan termasuklah seluruh Kelantan.

“Saya merasakan pilihan raya kecil ini penting kerana ianya merupakan peluang kepada  manifestasi rakyat setempat.

“Kita tahu, apapun yang berlaku tidak akan mengubah landskap politik di dalam negeri Kelantan ini, dan kemenangan Awie insya-Allah akan menjadikan suara rakyat bertambah pada siding DUN Kelantan,” ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit