Awie Meriahkan Suasana Persahabatan Bolasepak Selebriti Dengan Bekas Pemain Kelantan

GUA MUSANG, 10 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memeriahkan suasana perlawanan persahabatan bola sepak selebriti melawan bekas pemain bolasepak Kelantan.

Perlawanan persahabatan ini turut dihadiri beberapa artis seperti Atu, Sharif Zero; Fad Bocey; Mamak, Ali Puteh; Man Raja Lawak; Am Ketampi; Shahril Shiro dan Arul Rasheed. Manakala bekas pemain bolasepak Kelantan terdiri Farhan dan Piya.

Penonton dihiburkan oleh celoteh para pemain di tengah padang termasuk artis yang sekali sekala memprovokasi pengadil menyebabkan penonton turut terhibur.

Pada masa yang sama calon BN, Awie turut bermain bolasepak dan mempamerkan ‘skill’ individu bermain bolasepak.

Sebelum calon BN bergegas ke tempat lain beliau sempat menyantuni masyarakat di padang bolasepak Sungai Asap B. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan penamaan calon bagi pilihan raya itu hari ini diikuti pengundian pada 17 Ogos.

Seramai 20,259 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 20,245 pengundi biasa dan 14 anggota polis. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit