Awie Akan Usahakan Mesin ATM Di Nenggiri, Cuba Yang Terbaik

GUA MUSANG, 10 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri,  Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menyatakan ikrarnya untuk berusaha sebaik mungkin mendapatkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan tersebut.

Menerusi perkongsian di media sosial, beliau terbaca rintihan daripada masyarakat setempat berhubung isu berkenaan dan akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Ambo hari ini terbaca rintihan daripada masyarakat di Nenggiri iaitu dari kawasan Jeram, Bertam dan sekitar yang inginkan mesin ATM diwujudkan di kawasan sekitar tersebut.

“Insya-Allah ambo akan usahakan segera untuk adakan mesin ATM ini di kawasan berkenaan dan ambo akan hubungi pihak bank-bank yang boleh membantu kita dalam mengadakan dan menjadikan ianya satu realiti. Insya-Allah ambo usaha. Tiada janji tetapi lihat bukti,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan penduduk di DUN Nenggiri memerlukan kemudahan mesin ATM dan stesen minyak untuk memudahkan kehidupan mereka.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumum Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun. – UMNO Online

 

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.