Jangan Sia-siakan Peluang Yang Ada… Gunakan Sebaiknya Pilih Awie – Puteri UMNO

GUA MUSANG, 9 Ogos – Puteri UMNO melihat peluang yang dinikmati oleh masyarakat khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan tidak harus disia-siakan.

Sebaliknya menurut Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi yang merupakan Ketua Puteri UMNO Malaysia, ruang berkenaan adalah medan terbaik untuk pengundi Nenggiri menghantar seorang lagi wakil pembangkang di DUN Kelantan sebagai semak dan imbang kepada kerajaan yang ada hari ini.

Bagi beliau PRK DUN Nenggiri menawarkan peluang unik bagi pengundi untuk memilih calon yang berdaya saing dan berpotensi membawa perubahan positif dan pengundi tidak seharusnya melepaskan peluang berkenaan dengan memberikan sokongan kepada Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie sebagai wakil rakyat mereka.

“Puteri UMNO melihat PRK DUN Nenggiri sebagai peluang yang sangat penting bagi masyarakat setempat dan juga seluruh rakyat Kelantan. PRK ini menawarkan medan terbaik bagi pengundi untuk memilih seorang lagi wakil pembangkang di DUN Kelantan. Ini penting untuk memastikan wujudnya semak dan imbang yang berkesan terhadap kerajaan yang sedang memerintah.

“Percayalah manfaat lebih besar… PRK ini bukannya akan menyebabkan kerajaan negeri bertukar jika BN menang sekalipun dan kerajaan yang ada hari ini masih kekal memerintah.

“Kita mahu BN menang agar lebih banyak manfaat bukan sahaja kepada masyarakat di kawasan ini malah kepada seluruh rakyat Kelantan itu sendiri,” katanya kepada UMNO-Online.

Terdahulu beliau bersama Puteri UMNO setempat mengadakan walkabout bersama masyarakat di sekitar Pusat Daerah Mengundi (PDM) Meranto.

Nurul Amal seterusnya menambah penerimaan masyarakat terhadap calon BN, Awie sangat positif khususnya kalangan pengundi muda serta pelbagai kelompok pengundi yang lain.

“Alhamdulillah… penerimaan sangat bagus, kita tengok pengundi muda dalam pelbagai kelompok yang kita jumpa menyatakan harapan mereka dan kita harapkan kemenangan. Apa pun kita akan terus berkempen sehingga akhir tempoh berkempen.

“Kalau pilih Awie tidak ada yang berubah… tetapi percayalah Nenggiri akan berubah…percayalah. Jadi berilah peluang kepada Awie,” ujarnya. – UMNO Online

 

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.