Peranan Martabat Islam Tanggungjawab Kerajaan, Tanpa Mengenal Parti Yang Mentadbir

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Peranan memartabatkan agama Islam adalah tanggungjawab kerajaan, tanpa mengenal parti yang mentadbir, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh.

Beliau berkata ia bukan perihal ‘lebih Islam’ daripada orang lain.

“Ini bukan mahu tunjukkan siapa lebih Islam tetapi tanggungjawab sebagai pemimpin negara Islam yang perlu memartabatkan agama islam tidak kira kerajaan mahupun pembangkang,” katanya.

Respon tersebut dilakukan beliau bagi menempelak Latheefa Koya yang mengkritik kerajaan sebagai “gimik mahal” kerajaan bagi menunjukkan ia lebih mengangkat Melayu dan Islam berbanding pesaing politiknya.

Akmal dalam pada itu menyindir Latheefa dan mengajak untuk menyertai Majlis Himpunan Huffaz 24K yang akan diadakan pada bulan hadapan di Masjid Negara.

“Jemput minah ni datang nanti untuk dengarkan ayat Al-Quran masa program Himpunan Huffaz nanti, mana tahu terus bersih hati dia nanti tak adalah koyak sangat,” ujar beliau.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan Majlis Himpunan Huffaz tersebut menyasarkan untuk menghimpunkan 24,000 huffaz di seluruh negara merupakan kesinambungan Himpunan Huffaz 23K pada tahun lepas, akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata program tersebut merupakan bukti bahawa iltizam dan tekad Kerajaan Perpaduan dalam mempertahankan agama Islam, serta komitmen dan tekad Perdana Menteri yang mahu melihat Islam tertanam dengan baik dan syumul. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.