Wanita UMNO Diseru Manfaatkan Media Sosial, Sebarkan Maklumat Gerak Kerja Parti – Rosni

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari menyeru wanita akar umbi untuk memanfaatkan media sosial untuk menyebarkan maklumat berkenaan gerak kerja parti.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran berkata penyebaran info-info berkaitan parti dan kepimpinna penting bagi memastikan ahli UMNO dan rakyat memahami aspirasi parti dalam membawa perjuangannya.

“Kita minta kerjasama supaya viralkan apa juga informasi-informasi yang ada. Jadi kali ini saya minta kepada anda. Kita tolong diri sendiri, tolong parti.

“Viralkan agar semua infografik dan informasi yang disediakan oleh Penerangan UMNO Malaysia sampai kepada akar umbi,” katanya.

Rosni berkata demikian pada Kursus Penerangan Media Digital Wanita UMNO Malaysia yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said serta kepimpinan Wanita Pusat dan negeri.

Mengulas lanjut, beliau berkata media sosial merupakan platform terbaik bagi menangkis dakwaan negatif yang dicetus segelitir pihak termasuk parti lawan.

Katanya lagi, ia penting bagi memastikan persepsi yang ditimbul lawan dapat ditangani sebaiknya oleh akar umbi parti.

“Supaya mereka (rakyat) faham tidaklah menerima maklumat yang salah atau daripada sebelah pihak sahaja.

“Jadi kita sebagai ahli parti, wanita hebat kena cepat-cepat balas isu-isu yang mahu dicetus pembangkang,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.