Bersatu Sanggup Gadai Prinsip Di Nenggiri, Pas Pula Paparkan Wajah Sebenar – Ahmad Jazlan

GUA MUSANG, 6 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menyifatkan langkah bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Gua Musang, Che Ariffin Hussin kembali kepada UMNO menunjukkan ahli serta pimpinan Bersatu hilang kepercayaan serta keyakinan kepada parti tersebut.

Malah bagi beliau yang juga Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN)  bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri berpandangan, mereka mungkin merasakan telah dipermainkan oleh Pas.

“Alhamdulillah, Che Arifin bersama 12 lagi cawangan telah mengisytiharkan keluar daripada Parti Bersatu dan kembali kepada UMNO bersama dengan 12 cawangan Bersatu dalam DUN Nenggiri. Saya sangat terharu dan jutaan terima kasih kepada semua yang menyatakan kesempatan untuk bersama-sama dengan UMNO.

“Saya menganggap kembali kepada UMNO bukan menyertai. Saya rasa sebelum daripada ini pun mereka sebahagian besarnya adalah daripada keluarga besar UMNO dan kembali kepada UMNO. Sebenarnya mereka sudah hilang keyakinan kepada pimpinan Bersatu  apatah lagi dalam PRK pada kali ini Bersatu jelas dipermainkan oleh pihak Pas.

“Mereka tidak memberi laluan yang bagi saya sendiri menganggap sebelum ini kita akan berhadapan dengan calon daripada Bersatu tetapi sebenarnya calon hari ini daripada Pas. Di sini jelas demi kepentingan mereka sanggup menggadaikan prinsip. Dengan kata lain mereka menghalalkan untuk calon mereka menyertai Bersatu,” katanya kepada UMNO Online.

Kata beliau lagi, apa yang berlaku itu bukan berakhir di sini dan tidak mustahil dalam pilihan raya kecil akan datang, di mana-mana, mungkin dalam pilihan raya umum akan datang atau pilihan raya negeri pun mereka akan melakukan perkara yang sama.

Tambahnya  lagi di sini juga dapat dilihat kepada rakyat prinsip Bersatu yang sanggup menggadaikan maruah mereka.

“Adakah kerana menjaga kepentingan tertentu maka kita sanggup menggadaikan maruah kita. Macam kita dalam Kerajaan Perpaduan jelas… walaupun apa mereka di luar sana nak kata tapi kalau hak kita maka kita akan pertahankan.

“Kita tidak ada kompromi dalam soal ini, soal kesepakatan kita dalam kerajaan, kesepakatan kita dalam permuafakan politik… ini perkara yang berbeza apabila ia melibatkan kepentingan parti kita, kita tidak ada kompromi dalam soal ini. Di sini kita dapat lihat parti manakah yang sebenarnya retorik,” ujarnya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.