Beri Peluang Azmawi Bawa Suara Rakyat Nenggiri, Anak Muda Kelantan – Fikhran Hamshi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri ini merupakan peluang terbaik untuk membawa suara rakyat ini di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi berkata Azmawi bukan sahaja boleh membawa rintihan rakyat Nenggiri malah suara orang muda yang sering kali dipinggirkan oleh wakil rakyat kerajaan negeri.

“BN menampilkan calon muda iaitu Ketua Pemuda UMNO Kelantan merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani telah diumumkan sebagai calon bagi Nenggiri.

“Maka di Kelantan sebagai Pemuda kami menyambut baik kerana sekiranya Azmawi menang bukan sahaja akan membawa suara rakyat Nenggiri tapi secara tidak langsung dapat membawa suara anak-anak muda seluruh Kelantan.

“Kerana kita tahu sekarang ini dalam DUN Kelantan, tidak ada satu ADUN ini bawa suara anak muda,” katanya.

Fikhran Hamshi yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu dalam pada itu berkongsi dapatan yang diperoleh sangat memberansangkan apabila menerima respon positif daripada rakyat yang ditemui.

Malah katanya, ada di antara mereka melihat Azmawi, berusia 38 tahun memiliki personaliti tersendiri apatah lagi mesra bersama orang ramai.

Bagaimanapun menurut beliau, Pemuda UMNO tetap cakna dengan gerak kerja sebaiknya dalam mendekati pengundi menjelang hari kempen yang bakal tiba.

“Kita dapat lihat maklum daripada pengundi-pengundi di Felda Perasu ini amatlah positif malah ramai yang memberitahu bahawasanya Azmawi ini memang daripada dulu sudah lama turun dan jaga rakyat di Negeri ini, terutamanya di Felda Perasu.

“Ada juga yang kata calon BN ini memang seorang yang mesra dengan pelbagai golongan umur, tak kira sama ada anak muda maupun orang yang berumur.

“Jadi bila kita tengok kalau resppon yang positif macam ini, kita pemuda UMNO Kelantan terutamanya sangat yakin bahawasanya Azmawi ini akan diberi peluang.

“Pemuda sangat teruja untuk turun dan sama-sama membantu untuk berkempen bagi memenangkan calon kita insya-Allah. Pemuda UMNO Kelantan terutamanya, telahpun beberapa kali bermesyuarat dan juga merangka gerak kerja ataupun strategi-strategi untuk menawan kembali Nenggiri ini.

Terdahulu pada 19 Jun, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong, selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon dan pengundian awal PRK DUN Nenggiri pada 3 Ogos dan 13 Ogos, manakala 17 Ogos pula ialah hari mengundi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.