Perkasa Penerangan… Jelajah Penerangan UMNO Diteruskan Ke Kimanis

KIMANIS, 4 Ogos – Jelajah Penerangan UMNO yang merupakan hasil cetusan idea Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said diteruskan lagi ke UMNO Bahagian Kimanis, semalam.

Jelajah Penerangan UMNO ini diadakan untuk memperkasakan penerangan kepada ahli, akar umbi dan pengundi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

Diadakan seawal jam 2.00 petang, majlis dimulakan dengan Hala Tuju Penerangan yang disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Operasi Jabatan Komunikasi Mohd Al-Faiz Abd Hamid.

Seterusnya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menyampaikan ucapan aluan dan merasmikan Majlis Jelajah Penerangan UMNO Bahagian Kimanis.

Majlis diteruskan lagi dengan ceramah penerangan yang dipanjangkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Untuk rekod, Penerangan UMNO Malaysia telah komited untuk melaksanakan Jelajah Penerangan UMNO Malaysia ini dalam usaha bagi memperoleh kemenangan dan sokongan daripada rakyat.

Diharapkan dengan segala usaha ini akan membawa UMNO menuju ke arah kemenangan pada pilihan raya akan datang. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit