Jelajah Penerangan UMNO Diteruskan Ke Beaufort… Terap Kaedah Penerangan Berkesan

BEAUFORT, 3 Ogos – Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang menjadi hasil cetusan idea Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said diteruskan ke Beaufort, Sabah, hari ini.

Jelajah ini diadakan untuk menerapkan kaedah terbaik untuk memberikan penerangan kepada ahli, akar umbi dan pengundi yang berkesan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi.

Diadakan seawal jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan Hala Tuju Penerangan yang disampaikan oleh Ketua Unit Pengurusan Operasi Jabatan Komunikasi, Mohd Al-Faiz Abd Hamid diikuti dengan ucapan aluan oleh Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat.

Majlis diteruskan lagi dengan ceramah penerangan yang dipanjangkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

Untuk rekod, Penerangan UMNO Malaysia telah komited untuk melaksanakan Jelajah Penerangan UMNO Malaysia ini dalam usaha bagi memperoleh kemenangan dan sokongan daripada rakyat.

Diharapkan dengan segala usaha ini akan membawa UMNO menuju ke arah kemenangan pada pilihan raya akan datang. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.