UMNO – Pejuang Sepanjang Zaman

Di suatu penjuru kamar juang
Kita gilap bingkai dan kaca jendela
biar bebilah kemilau jernih mentari
yang menembusi antara sudur pepohon
melimpah cahaya pada wajah-wajah
yang terpamer di sanggar kemahsyuran

Mereka yang dahulu menebas ranjau
merintis jalan meletak hamparan
melaras paksi menegak panji
menjadi suluh malam kelam-gelemat
menerjang badai meniti surih gelombang
Seusia dalam pengabdian
Pada perjuangan yang tak menjanji pulangan
Pada perjuangan yang tak kenal belas
Pada perjuangan yang tak pinta dibalas
Seusia dalam pengabdian
Pada perjuangan yang tiada tarikh luput

Kita bina sanggar kemahsyuran ini
Setelah kita nikmati ranum rasa
harum jasa yang mereka semai
Iltizam mereka bak obor generasi penerus
Anugerah yang disemat ke dada mereka
Bukan sekadar gelar
Tapi suatu simbol keberhutangan abadi

Kita dendang mereka
Kerana mereka Penyuluh Budiman
Kita sanjung mereka
Kerana mereka Suri Teladan
Kita julang mereka
Kerana mereka Pejuang Sepanjang Zaman

Hasil Nukilan:

HASNAL REZUA MERICAN
Ketua UMNO Bahagian Selayang

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.