Pelancaran Program Women in Trade & Industry

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bersama Pengerusi HAWA Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berswafoto selepas melancarkan program Women in Trade & Industry (WITI) yang turut dihadiri wakil daripada 11 NGO, persatuan perniagaan dan persatuan industri. Melalui program ini MITI akan menyediakan latihan serta sokongan kepada wanita yang berminat menceburi bidang perdagangan dan industri.

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan kerjasama Pertubuhan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA Malaysia) telah melancarkan program Women in Trade & Industry (WITI) yang turut dihadiri wakil daripada 11 NGO, persatuan perniagaan dan persatuan industri. Melalui program ini MITI akan menyediakan latihan serta sokongan kepada wanita yang berminat menceburi bidang perdagangan dan industri. Turut hadir Pengerusi HAWA Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.