UMNO Kuala Nerus Garis Pendekatan, Gerak Ke Depan – Ahmad Razif

KUALA NERUS, 14 Julai – UMNO Kuala Nerus menggariskan beberapa langkah dalam usaha untuk memastikan parti kembali mendapat kepercayaan masyarakat setempat sekaligus mengambil alih kawasan yang dimenangi pihak lawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Menurut beliau fasa pemulihan ataupun tempoh bertenang telah berlalu dan kini UMNO Kuala Nerus memasuki fasa kebangkitan di pelbagai peringkat.

“Sekarang ini fasa dua iaitu era kebangkitan…kekecewaan tidak boleh lama dan  perlu digerakkan semula serta diperkemaskan di setiap cawangan.

“Seterusnya adalah fasa pemantapan dengan gerak kerja ke arah pilihan raya dihidupkan dan gerak kerja penerangan serta yang lain akan menjadi kesebelasan utama. Kita berharap tiada isu yang melonglaikan pasukan kita nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus yang disempurnakan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat dan pimpinan setempat yang lain.

Dalam pada itu, Ahmad Razif seterusnya memaklumkan pihaknya akan berkolaborasi dengan pelbagai pihak yang berkepentingan bagi menjayakan pembangunan TVET untuk pelajar yang tidak berjaya melanjutkan ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Insya Allah…kita akan adakan kerjasama dengan pusat pembangunan Kuala Nerus untuk program TVET bagi mereka yang tertinggal dan tidak ke mana-mana. Ini untuk memastikan pelajar lepasan SPM dapat menyambung pengajian. Kita akan sama-sama perkasakan bidang pendidikan ini,” tambahnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.