Keyakinan Masyarakat Terhadap UMNO Terengganu Tidak Pudar – Pehimi

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Muhammad Pehimi Yusof percaya bahawa keyakinan masyarakat setempat kepada UMNO di negeri itu meningkat walaupun negeri berkenaan di bawah kepimpinan Pas.

Bagi beliau yang juga Setiausaha UMNO Terengganu, pertambahan cawangan UMNO di Bahagian Besut adalah antara contoh selain perkembangan lain terhadap program yang dianjurkan parti.

“Namun kita perlu kerja lebih keras..kerja lebih kuat.. sebab itu saya minta akar umbi istiqamah dan setia kepada parti. Beri penerangan kepada masyarakat setempat sebaiknya.

“Pada masa yang sama kita minta kenpen tambah ahli diteruskan sepanjang masa. Ramai yang ingin bersama dengan kita. Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Besut yang dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

Dalam perkembangan sama, Pehimi turut berharap agar ahli parti untuk menjadi juara dalam dunia teknologi maklumat khususnya dalam menangkis segala dakyah dan tohmahan yang dilemparkan.

“Marilah kita sama-sama menjadi juara dalam  tekonologi maklumat… banyak kebaikan dan pelaksanaan untuk rakyat kita telah lakukan. Tetapi kita tidak dedahkannya kepada masyarakat.

“Jangan pula kita tembak sesama sendiri kerana musuh kita bukan dari kalangan kita sendiri. Kadangkala musuh kita yang mengadu domba,” katanya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.