Muhasabah Ummah (5)

BERBEZA dalam pelbagai isu termasuk isu politik perkara biasa dalam kehidupan manusia kerana manusia dicipta oleh Allah dengan kepelbagaian cara fikir dan perbezaan tahap ilmu dan pengetahuan. Namun, yang menjadi pengikat dan titik bersama pada semua ialah mengangkat nilai adab dan akhlak ketika berbeza kerana ia merupakan asas utama dalam Islam dan menjadi Rukun bagi Negara.

Tuduh menuduh dengan gelaran seperti wahai si fasik, wahai si munafik, wahai si dajal, si bodoh dan makian dengan nama binatang seperti babi, anjing, kera, keldai dan seumpamanya adalah haram dalam Islam dan termasuk dalam kategori jenayah Takzir dalam Islam sebagaimana dihurai oleh para Fuqaha seperti Imam al-Mawardi dalam karyanya al-Insaf.

Dr Khairuddin Takiri
Khamis 5 Muharram 1446 H/ 11 julai 2024

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit