Wanita UMNO Segamat Tekad Kembalikan Kepercayaan Masyarakat – Norshida
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Wanita UMNO Segamat bertekad untuk mengembalikan sebaiknya kepercayaan masyarakat terhadap parti berkenaan.
Ketuanya, Datuk Norshida Ibrahim berkata pelbagai usaha sedang dilakukan dan apa yang penting masing-masing perlu mengekalkan permuafakatan yang sedia ada dalam usaha memperkemaskan lagi usaha tersebut.
Menurut beliau Wanita bukan sahaja setia terhadap perjuangan berkenaan malah terbukti adalah mereka yang cekal dan mengekalkan muafakat di dalam parti.
“Alhamdulliah selesai sudah mesyuarat kami yang dirasmikan Datuk Norliza Abdul Rahim, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia pada Jumaat.
“Wanita adalah yang setia dan teguh menjadi tulang belakang parti,menjadi benteng parti.
“Wanita juga tetap yang paling cekal meniup semangat selain mengekalkan muafakat demi parti,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Beliau seterusnya bertekad untuk bersama-sama seluruh ahli pelbagai peringkat untuk
menjayakan serta merealisasikan hasrat serta matlamat berkenaan.
“InsyaAllah saya akan berusaha sehabis baik mengemudi Wanita Segamat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO. Atas segala usaha,kepada Allah jua kita berserah,” tambahnya.- UMNO Online
https://www.facebook.com/share/v/Gz3aGNWDRPSpj7zX/?mibextid=w8EBqM