Tak Banyak Alasan, UMNO Putrajaya Terus Cakna Nasib Warga Setempat

PUTRAJAYA, 3 Julai – Usaha meneruskan khidmat bakti dan gerak kerja turun padang berdamping dengan rakyat sememangnya sudah sebati dengan UMNO biarpun tidak menjadi wakil rakyat setempat.

Hal tersebut direalitikan oleh UMNO Bahagian Putrajaya yang diketuai Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ekoran kekal proaktif terhadap kebajikan masyarakat biarpun bukan lagi bergelar ahli Parlimen di sini.

Terbaharu, melalui timbalannya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim telah melakukan kunjungan menziarah seorang remaja selepas ditimpa kemalangan ketika melakukan kerja penghantaran selaku Grab Food di Kuala Lumpur.

“Semalam saya telah mewakili Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan buat adik Abdul Azim Abdul Aziz yang telah mengalami kemalangan ketika membuat kerja penghantaran Grab Food.

“Alhamdulillah beliau tidak mengalami kecederaan yang parah dan kini berehat untuk kembali sembuh dengan tinggal bersama seorang kakaknya di Fasa 12, Presint 9 di sni,” katanya kepada UMNO Online.

Dalam perkembangan tersebut, Ahmad Faisal memaklumkan bahawa UMNO Bahagian Putrajaya masih meneruskan tradisi bersama masyarakat termasuklah menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.

“UMNO Bahagian Putrajaya sememangnya terbukti tak banyak alasan dalam melaksanakan apa-apa gerak kerja dan menjayakan program malah sehingga kini, biarpun UMNO/Barisan Nasional (BN) bukan wakil rakyat tetapi tetap juga jadi tumpuan dan ramai yang meminta bantuan.

“Sepatutnya wakil rakyat baharulah yang ada tapi malangnya sehingga kini manifesto ‘Era Baharu’ yang dulu dilaung-laungkan semasa kempen tak ada apa-apa yang dilaksana.

“Dengarnya, Ahli Parlimen Putrajaya hari ini lebih banyak menggunakan alasan politik untuk berjumpa dengan rakyat misalnya bukan menteri, bukan dari kerajaan yang mentadbir, bukan kerajaan pusat dan macam-macam lagi.”

Jelas beliau, usaha UMNO adalah realiti berterusan yang dilaksanakan bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan keranatelah sebati dalam UMNO selaku wadah dan penghubung kepada rakyat.

Dalam hal ini, beliau merakamkan penghargaan berterima kasih kepada pelbagai pihak yang sentiasa memberikan sokongan khususnya ahli jawatankuasa UMNO Putrajaya.

“Moga apa yang kita lakukan diberkati Allah dan perjuangan UMNO kembali kukuh bagi memudahkan kita bekerja untuk rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.