Kementerian Dan Agensi Sentiasa Berusaha Tingkatkan Produktiviti Minyak Sawit – Johari

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan kementerian bersama agensi-agensi terlibat sentiasa berusaha bagi meningkatkan produktiviti dan hasil dari ladang-ladang yang sedia ada supaya berdaya saing di pasaran. 

Menurut beliau, langkah-langkah yang diambil dilaksana secara khusus untuk perladangan kelapa sawit secara optimum.

“Ini termasuklah memastikan mempunyai bekalan buruh yang mencukupi khususnya untuk aktiviti penuaian kelapa sawit. Meningkatkan penggunaan pengurusan ladang-ladang besar, sederhana dan kecil antaranya kerja-kerja mengutip buah kelapa sawit, mengangkat dan menyusun buah kelapa sawit, penghantaran dan pemunggahan serta pemindahan buah-buah kelapa sawit.

“Pengurusan ladang yang optimum iaitu dari segi penanaman semula mengikut jadual, penggunaan baja yang berkualiti, benih yang bermutu dan sedang menyakinkan semua ‘holders’ yang tidak mengendalikan ladang dengan cekap untuk mengadakan konsep penyatuan ladang-ladang yang kecil untuk ditadbir secara estet.

“Kita juga meningkatkan Research and Development (RnD) dalam mengawal penyakit-penyakit yang berjangkit mengenai pokok-pokok kelapa sawit,” katanya.

Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH–Kluang) yang meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan produktiviti dan hasil sawit daripada ladang sedia ada supaya produk minyak sawit Malaysia berdaya saing di pasaran komoditi global.

Johari turut menjawab soalan tambahan dari Wong, berkaitan persoalan bagaimana Kementerian akan mempergiatkan usaha untuk mempromosikan minyak sawit buatan Malaysia.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa itu, terdapat empat jenis minyak di pasaran dunia iaitu minyak kelapa sawit, soya bean oil, sun flowers dan red ship oil.

“Keempat-empat ini merupakan saingan antara satu sama lain. Sebab itu negara menggunakan Malaysian Palm Oli Council (MPOC) dan sentiasa pergi ke negara-negara yang kita eksport sawit ini,” katanya. 

Tambah Johari, Malaysia merupakan negara eksport terbesar kedua di dunia selepas Indonesia. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.