Sharkar Harap Food Panda Bela Kebajikan Penghantar Makanan

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Pengerusi Sekretariat Komuniti Gig Malaysia, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berharap pihak Ibu Pejabat Food Panda dapat mendengar keluhan dari penghantar makanan dalam usaha memastikan kebajikan mereka terbela.

Tegasnya, penghantar makanan ini adalah setia dengan Food Panda dan sebab itu mereka ke sini tiada membuat piket sebaliknya buat cara baik dan berbincang untuk menyelesaikan masalah.

Katanya, pihak penghantar makanan juga membangkitkan tentang soal keadaan upah yang diterima agar dapat ditambah baik, kawasan penghantar dan sebagainya.

“Tentang keadaan upah kerana sistem baharu dan tidak konsisten, kita telah pun menyuarakan tentang hal tersebut. Pembesaran kawasan menghantar makanan, dulunya kawasan kecil tapi sekarang dibesarkan dan ada ‘over lapping’ sebagainya.

“Penggantungan kerja, kadang-kadang kalau kawasan itu terlalu besar maka penghantar makanan terpaksa menolak kerana kawasan ini menjadi besar dan upah tidak setimpal. Apabila ada tolakan penghantar makanan akan dikenakan gantung kerja dan sebagainya. Sekiranya perkara tersebut dimaklumkan pada ‘riders’ dan mereka akan faham tentang perkara-perkara ini.

“‘Order marks as delivered’ (OMAD) apabila pelanggan memesan tiba-tiba dibatalnya dan penghantar makanan terpaksa menolak gaji dan harap bagi yang memesan makanan itu ada timbang rasa bahawa mereka mencari rezeki,” beliau berkata demikian di Ibu Pejebat Food Panda, South Gate, petang semalam.

Sharkar yang juga Pengerusi Biro Kesatuan Sekerja UMNO Malaysia mencadangkan pihak Ibu Pejabat Food Panda mengkaji sistem baharu dan menambah gaji mereka setiap radius kilometer.

“Sekiranya radius penghantar makanan dibawah lima kilometer ke bawah, pihak Food Panda meminta sebanyak RM7.00, kedua RM6.00 dan ketiga RM 5.00.

“Jika jarak melebih lima kilometer akan ditambah RM1.00, RM0.80 dan RM0.50. Ini adalah permintaan dari Food Panda dan berjanji akan buat kajian kerana sistem ini adalah baru dan beri jaminan kurang dari sebulan tentang kelemahan-kelemahan sistem tersebut.”

Kata Sharkar lagi, penghantar makanan dapat memberi maklum balas tentang kelemahan-kelemahan sistem yang baru diperkenalkan.

“Mereka telah berjanji untuk mengkaji semula tentang kelemahan-kelemahan sistem ini dan mereka juga memerlukan ‘feedback’ dari semua penghantar makanan supaya mencari solusi dan kaedah terbaik yang ianya dapat menang semua(food panda win, riders win, vendor win dan pelanggan pun win).

“Setiap ‘riders foodpanda’ akan menerima sekurang-kurangnya RM10.00 hingga RM 12.00 sejam dan itu adalah jaminan dari pihak mereka,”ujarnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit