PRK Sungai Bakap: Cikgu Joohari Calon Terbaik… Berpendidikan, Sifat Ketokohan Tinggi

NIBONG TEBAL, 25 Jun – Dr Joohari Ariffin calon Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap merupakan calon terbaik untuk dijadikan wakil rakyat kerana mempunyai pendidikan dan bersifat ketokohan tinggi.

Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi berkata, Joohari yang mesra disapa sebagai Cikgu Jo, juga merupakan anak jati Sungai Bakap yang sudah semestinya lebih arif tentang kawasan.

“Cukup mudah bagi semua pengundi Sungai Bakap di luar sana, undilah calon Kerajaan Perpaduan iaitu Dr Joohari. Melayu, Islam berpendidikan tinggi, mempunyai PhD (Ijazah Kedoktoran Falsafah) dan tahu bagaimana untuk buat kerja sebab beliau adalah mantan seorang guru yang pernah bertugas.

“Beliau sentiasa berkomunikasi dengan rakyat di bawah. Paling penting sekali beliau adalah anak tempatan Sungai Bakap. Kita tak perlu nak memilih mana-mana orang yang mungkin memudaratkan. Baik terus pilih sahaja orang yang lebih baik untuk Sungai Bakap. Jadi, Perpaduan untuk Sungai Bakap,” katanya menerusi hantaran video di laman TikToknya.

@mellyaziziWehhhhhh, PRK datang lagi. Kali ini di Sg Bakap pula! Apa pilihan kalian?♬ original sound – Shamellya Norazizi

Sementara itu, Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Pulau Pinang, Farah Izzati Abdul Rahman beranggapan bahawa sifat ketokohan yang dibawa oleh Joohari bakal membantu pentadbiran di Negeri Pulau Pinang.

“Cikgu Joohari bukan calang-calang orang. Pemimpin macam inilah yang kita nak untuk memimpin dan menjaga kawasan kita. Kemahiran, ketokohan yang beliau ada boleh digunakan untuk anak-anak muda.

“Macam mana kita nak tarik balik anak muda untuk minat belajar… macam mana kita nak inovasikan dalam bidang pendidikan kerana pendidikan ni penting. Ketokohan, kepimpinan yang beliau ada ni, bukan sahaja boleh membantu Sungai Bakap, tapi boleh juga membantu dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang,” katanya menerusi hantaran video di laman TikToknya.

@puteri4life calon perpaduan sungai bakap terbaik! #perkasaputeripemangkinperubahan #prksgbakap #cikgujohari #perpaduandemisungaibakap #malaysiamadani #fypmalaysia #fyp @PUTERIKEPALABATAS @Puteriumnopenang @puterimalaysia @AlongNurulAmal ♬ bunyi asal – FARAH@

Mengulas lanjut, beliau turut berharap agar pengundi di Sungai Bakap memilih Joohari untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut pada 6 Julai nanti.

“Rugilah kalau tak pilih Cikgu Joohari ini. Lagi satu, beliau ini memang orang Sungai Bakap. Memang menetap dekat Sungai Bakap, membesar di Sungai Bakap. Memang orang tempatan pun. Memang tahu bagaimana selok-belok Sungai Bakap ini.

“Dengan memberi mandat kepada Cikgu Joohari ini kita akan dapat tokoh yang ada pendidikan hebat. Ramai anak murid yang beliau lahirkan untuk menjadi guru yang terbaik. Jadi, jangan lupa calon nombor satu. Cikgu Joohari for Sungai Bakap,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Nibong Tebal, Sufiyatul Aishah Rashidi berkata, rakyat di Sungai Bakap perlu membuat keputusan sebaiknya dengan memilih wakil rakyat yang berpendidikan dan mampu menyalurkan bantuan.

“Untuk PRK Sungai Bakap kali ini, ada seorang ustaz ini sewaktu menyampaikan kuliah Maghrib sempat lagi bagi tazkirah minta orang ramai beri undian kepada pemimpin yang menegakkan Islam. Saya nak tambah satu perkara. Pilihlah pemimpin yang menegakkan Islam dan juga berilmu serta mampu untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat.

“Calon yang sesuai untuk kita undi di Sungai Bakap adalah calon nombor satu, Cikgu Joohari. Beliau seorang pemimpin Melayu-Islam, seseorang yang punya pendidikan ke tahap PhD. Beliau juga adalah seseorang daripada blok Kerajaan Perpaduan selari dengan kerajaan Negeri Pulau Pinang dan persekutuan.

“Maknanya, orang Sungai Bakap jangan risau, Cikgu Joohari akan mudah untuk membantu membangunkan Sungai Bakap. Sebab apabila ideologi Cikgu Joohari sama dengan kerajaan, Insya-Allah peruntukan akan mudah untuk mengalir,” katanya menerusi hantaran video di laman TikToknya.

@puteriumnonibongtebal Orang kuliah, dia berkempen. Tapi dia kata (tersirat) orang sg bakap kena undi calon Kerajaan Perpaduan. 💪🏼 #PerpaduanDemiSungaiBakap #UntukNegeriKita #CikguJoo4SgBakap #LawanKhawarij @JoohariAriffin @ameeranadiashafie @puterimalaysia @UMNOsiswa Pulau Pinang ♬ Motivational – Vioo Sound

PRK kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

PH mempertaruhkan Dr Joohari, bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara untuk merampas kembali kerusi kubu kuat PKR itu.

Manakala PN yang perlu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lepas diwakili bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula 22 Jun hingga 11.59 malam pada 5 Julai dengan pengundian awal pada 2 Julai.

Seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

PRK berkenaan merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.