Kursus Ditawarkan TVET Bersesuaian Pasaran Guna Tenaga – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara merentasi 12 kementerian dan sebanyak 1,345 institut TVET di seluruh negara, kerajaan serta swasta dengan RM6.8 bilion dibelanjakan untuk mengendali TVET ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata, kos yang dikeluarkan amat efektif dan menunjukkan keberkesanan yang positif terhadap kursus-kursus yang ditawarkan.

“Saya melihat dengan kos efektif dan bukannya dengan bajet yang banyak maka dengan keberkesanannya adalah positif tetapi harus lihat kursus-kursus yang ditawarkan itu mesti kursus-kursus bersesuaian dengan permintaan pasaran guna tenaga.

“Itulah sebabnya kita hendak elakkan ‘miss match’ dan mahu kursus-kursus yang ditawarkan itu kursus yang ditentukan keperluannya oleh penggiat-penggiat industri agar mereka terus dapat berkerja di syarikat-syarikat berkenaan. Penggiat industri terus tandatangani ‘memorandum of aggreement’ dengan institusi TVET.

“Pelajar-pelajar yang bakal tamat dalam kursus akan terus berkerja. Dari segi kepasarannya dan nisbah yang agak tinggi 94.5 peratus yang mengikuti kursus TVET mendapat perkerjaan,” katanya Presiden UMNO itu.

Beliau menjawab persolan dari Ahli Parlimen Jelebu (BN), Datuk Seri Jalaluddin Alias di Dewan Rakyat hari ini, mengenai penubuhan Malaysia-China Institute dan penglibatan syarikat-syarikat dari China serta memohon pihak kerajaan memberi penjelasan tentang tawaran pertama kuota pelajar.

Begitu juga berhubung jumlah yang ditawarkan pada negara dan apakah langkah pihak kementerian untuk menyelaraskan tentang pelbagai bidang TVET di peringkat kementerian.

Seterusnya, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjelaskan ramai pelajar di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menerima pekerjaan.

“TVET di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah khususnya di bawah MARA berada di tahap 98.5 peratus mereka itu beroleh pekerjaan. Ini bukan bererti 1.5 peratus tidak ada pekerjaan tapi 1.5 peratus itu melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi dari peringkat diploma, ijazah dan juga sarjana.

“Melalui Belia Mahir telah menggamit 5,120 tempat untuk pelajar-pelajar Malaysia untuk dihantar ke negara China dengan biasiswa sepenuhnya. Pihak kerajaan atau organisasi hanya bayar tiket penerbangan saja.

“Dengan tawaran begitu telah membuka peluang untuk 500 tempat pelajar-pelajar keturunan Cina, 200 pelajar keturunan India, 200 pelajar dari Sabah, Sarawak dan kita beri peluang untuk mereka mendapat pendedahan dari negara China,” katanya lagi.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.