Blackrock & Tanggungjawab UMNO

SEMALAM YB Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Tok Mat Hassan telah mengesahkan menteri-menteri UMNO telah menyatakan pandangan dan diminta agar urus niaga berkaitan Blackrock tidak diteruskan atas semangat solidariti bersama perjuangan rakyat dan bumi Palestin.

Tanggungjawab UMNO terlaksana walaupun agak mustahil untuk Kerajaan Madani membatalkan urusan transaksi urus niaga yang diuruskan oleh Khazanah Malaysia dalam penjualan saham MAHB baru-baru ini.

Ya, memang betul Blackrock sudah berada di dalam pasaran Bursa Saham Malaysia sejak puluhan tahun dengan membeli saham-saham dan pasaran ekuiti syarikat-syarikat tertentu di dalam pasaran terbuka yang kita tidak mampu mengawal kerana struktur pasaran saham dan ekuiti begitu kompleks dan sensitif yang kekadang sehingga kita tidak tahu siapa di belakang pelabur syarikat-syarikat tertentu. Ini dunia korporat yang melibatkan intergriti, transparansi dan kerahsiaan yang diamalkan oleh pemain-pemain industri dan pelabur.

Cuma di dalam isu Blackrock ini, yang salah dari moral adalah Khazanah sendiri yang sendiri mempelawa, mengatur dan “facilitate” penjualan sahamnya di MAHB kepada GIP yang juga dimiliki oleh Blackrock.

Kenapa perlu “facilitate”???? Itu soalnya.

Jika Blackrock ingin masuk melabur dan membeli saham secara terbuka, saya anggap itu di luar kawalan kuasa kerajaan yang sejak dulu memang mengamalkan “open sky concept” untuk pasaran ekuiti dan saham bagi negara kita.

Seperkara lagi, “template” jawapan yang disediakan oleh pihak kerajaan berhubung isu ini tidak tuntas lebih-lebih lagi dijawab oleh menteri-menteri PH yang seakan tidak bijak dan merendahkan pemikiran rakyat.

Akhir kata, UMNO telah nyatakan pandangan berhubung Blackrock. Tugas dan tanggungjawab telah dilaksanakan selepas menerima tekanan dan permintaan dari ahlinya sendiri dan rakyat keseluruhan yang tidak berpuashati ke atas keputusan penjualan saham MAHB yang menjaga pintu keluar masuk negara kepada Blackrock.

Suara UMNO hanya ada 26 kerusi sahaja, dalam istilah politik “kerusi sikit cakap pun kena sikit, kalau kerusi banyak bolehlah cakap banyak”.

Mungkin “Think outside the Box”, apa kata kita cadang rombak kabinet kembali dan cuba berikan jawatan Menteri Kewangan kepada UMNO. Tahulah pemimpin UMNO nak buat macam mana dengan Blackrock ni termasuk juga isu penyelarasan subsidi yang kini sedang menghantui kehidupan rakyat.
Wallahuallam.

Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP

***********************************

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit