PRK Sungai Bakap: Proses Penamaan Calon Diwarnai Ultras BN

NIBONG TEBAL, 22 Jun – Proses Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap diwarnai dengan ‘chant’ Ultras Barisan Nasional (BN) yang dikendalikan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

‘Chanting’ tersebut telah berjaya menyuntik semangat para penyokong Kerajaan Perpaduan yang hadir membanjiri perkarangan Dewan Serbaguna Jawi.

 

Lebih 5,000 orang penyokong BN dan Pakatan Harapan (PH) telah hadir untuk memberikan sokongan yang padu kepada calon Kerajaan Perpaduan.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Datuk Lokman Noor Adam; Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa, Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub dan seluruh kepimpinan BN-PH negeri dan Bahagian.

Untuk rekod, bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin, 60, dari PKR diumum sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 6 Julai ini.

Pengumuman dibuat Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, pada majlis pengumuman calon Perpaduan di Simpang Ampat, pada Rabu.

Terdahulu media melaporkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang diadakan pada 6 Julai depan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dr Azmi Sharom berkata, penamaan calon pula ditetapkan pada 22 Jun.

Dengan itu, tempoh berkempen adalah selama 14 hari bermula penamaan calon sehingga jam 11.59 malam 5 Julai. – UMNO Online

Oleh: Nuralyaa Izzati Azman

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit