Berkenan Menyantuni Para Jemaah

JOHOR BAHRU,17 Jun — Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan bersalaman dengan para jemaah ketika berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Pasir Pelangi hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan pegawai kanan kerajaan.
Dianggarkan seramai lebih 1,000 jemaah menunaikan solat sunat itu di masjid berkenaan dengan dipimpin Imam Daerah Johor Bahru Nazri Ali.

JOHOR BAHRU, 17 Jun — Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Jamek Pasir Pelangi hari ini.
Berangkat sama, adindanya Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan pegawai kanan kerajaan.
Dianggarkan seramai lebih 1,000 jemaah menunaikan solat sunat itu di masjid berkenaan dengan dipimpin Imam Daerah Johor Bahru Nazri Ali.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.