Masa Terbaik Skuad Sayang 3K Dan Wanita UMNO Kutip Dana Tabung Palestin 2.0

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Komandan Skuad Sayang 3K Kebangsaan, Hisham Suhaily Othman menzahirkan penghargaan kepada Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang 3K merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang melancarkan Tabung Palestin 2.0, semalam.

Ini kerana katanya, selepas enam bulan berakhir kutipan pertama, Skuad Sayang 3K Kebangsaan terpanggil untuk buat kutipan semula memandangkan saudara kita di Palestin masih lagi derita akibat dari kekejaman Zionis.

“Alhamdulillah, Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang 3K, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah merasmikan Tabung Palestin Skuad Sayang 3K Kebangsaan. Ini adalah waktu yang terbaik untuk turun padang bagi mengutip sumbangan dan mensasarkan melebihi RM500,000, 00 atau lebih. Jumlah yang terkumpul akan diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) nanti.

“Kutipan ini adalah susulan kutipan yang pertama iaitu Tabung Palestin 1.0. Kutipan yang pertama sambutannya sangat menggalakkan dan telah mengutip sebanyak RM621,954.60 dari seluruh bahagian-bahagian UMNO yang digerakkan melalui Skuad Sayang 3K dan Wanita UMNO.

“Setiap kutipan boleh disumbangkan secara tunai dan boleh dimasukkan ke akaun Wanita UMNO Malaysia dan akaun Kelab Skuad Sayang 3K dan tarikh tutup pada 7 Ogos iaitu dua minggu sebelum diadakan PAU,” katanya kepada UMNO Online.

Hisham Suhaily yang juga Exco Wanita UMNO Malaysia berkata, bukan saja akar umbi UMNO boleh memberi sumbangan tapi rakyat Malaysia pun boleh beri sumbangan tersebut.

“Setiap bahagian ada kreativiti masing-masing untuk mengutip sumbangan selain daripada mesyuarat perwakilan. Malah individu korporat yang bermurah hati untuk beri sumbangan boleh beri sumbangan melalui Wanita UMNO.

“Kita akan menjemput setiap negeri-negeri untuk menyerahkan sumbangan Tabung Palestin 2.0 kepada Presiden UMNO serta memberikan penghargaan kepada bahagian yang menerima sumbangan yang tertinggi mendapat dana sumbangan ini.

Tegasnya, ini adalah satu kebanggaan bagi Skuad Sayang 3K dan Wanita UMNO kerana menggerakkan Tabung Palestin 2.0 bersungguh-sungguh dikalangan ahli dan akar umbi UMNO serta beri sokongan pada rakyat Palestin yang terus derita akibat rejim Zionis.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada rakyat Malaysia yang boleh diberikan menerusi 8604795425 (CIMB – Wanita UMNO Malaysia).

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang 3K Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah merasmikan dan melancarkan Tabung Palestin 2.0 di Menara Dato’ Onn, semalam. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.