Ismarah Teruskan Khidmat Bakti Untuk Kota Marudu, Bersama Sertai Program Kemasyarakatan

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Ismarah Madcasar meneruskan politik khidmat bakti dengan rakyat melalui pelbagai penganjuran program-program kemasyarakatan.

Terbaharu beliau berbesar hati bersama-sama meraikan Hari Potensi Kemas Peringkat Parlimen Kota Marudu yang diadakan Padang Pekan Kota Marudu.

Ismarah pada perasmian dan ucapan program tersebut meluahkan harapan agar murid-murid ini diberikan nilai pendidikan yang baik bagi membentuk generasi baharu negara yang menjadi aset kepada negara.

Menurut beliau lagi, pengisian pendidikan juga perlu seiring dengan perkembangan teknologi maklumat bagi memastikan ia relevan dengan kehendak semasa.

“Anak-anak muda hari ini merupakan generasi yang harus diberikan empat teras utama di dalam kemenjadian seorang pelajar yang baik.

“Baik dari pendidikan, jasmani, kerohanian dan insaniah. Kemajuan di era hari ini juga harus memperkukuhkan dunia digital dan wajib diberikan pendedahan dibawa pengawasan ibu bapa,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Penganjuran Hari Potensi Kemas Peringkat Parlimen Kota Marudu ini ternyata mendapat sambutan luar biasa daripada kehadiran murid-murid dan ibu bapa yang hadir memberikan sokongan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.