UMNO Bersama Rakyat… Suraya Turun Padang Santuni Warga Pendang

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaakob meneruskan tradisi parti mendekati rakyat dengan cara turun padang dan menyantuni warga Pendang, Kedah.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah memenuhi ruang dan masa dengan bersama-sama masyarakat dalam pelbagai program termasuk menziarahi mereka yang telah kehilangan ahli keluarga.

“Kami menziarahi balu kepada Pak Lang Lazim yang telah meninggal dunia dua minggu lalu. Hari ini baru saya berkesempatan untuk menziarahi beliau. Saya mendoakan semoga roh arwah sentiasa dicucuri rahmat. Saya juga ada berkunjung ke Kampung Paya Sena,” katanya.

Sejurus selepas itu, beliau juga telah berkunjung ke gerai makan yang diusahakan oleh anak tempatan Pendang untuk mencuba menu istimewa Negeri Kedah iaitu nasi lemak kuning.

“Ishak Hassan bertanya kepada saya… nak makan di mana? Saya mengajak beliau untuk makan di kantin yang diusahakan oleh Ainaa Afrina. Boleh jumpa dengan semua kesayangan di sana.“

Sampai sahaja di kantin, Ainaa baru selesai masak. Alhamdulilah sedap semuanya. Nasi lemak kuning hanya di Kedah,” katanya.
Seterusnya, beliau juga telah dijemput untuk menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Ibrahim dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Temenggong.

“Saya menerima jemputan dari SK Syed Ibrahim dan PIBG. Encik Nasir yang mengetuai sekolah ini merupakan guru besar yang cemerlang. Ramai ibu bapa dan waris yang hadir.

“Terima kasih cikgu dan Yang di-Pertua (YDP) PIBG yang memberikan layan mesra kepada saya. Insya-Allah kita akan jumpa lagi pada masa akan datang.

“Saya juga telah menghadiri mesyuarat PIBG di SMK Tunku Temenggong. Cuaca yang begitu panas tidak mematahkan semangat saya untuk terus bersama mereka. Apa yang penting, khidmat yang saya perlu berikan,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.