Jelajah Penerangan UMNO Diteruskan, Rembau Lokasi Pilihan Seterusnya

REMBAU, 31 Mei – Jelajah Penerangan UMNO Malaysia yang dicetuskan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said akan diteruskan lagi pada hari ini dan Rembau menjadi destinasi pilihan.

Program yang dijadual bermula pada jam 3.00 petang di Grand Ballroom Allson Kelana Resort, Jelajah Penerangan UMNO itu akan dihadiri pimpinan UMNO Bahagian Rembau diikuti ahli dan akar umbi yang masih setia menjunjung perjuangan parti.

Timbalan Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan dijangka akan tiba pada jam 3.30 petang ini.

Pelbagai pengisian telah ditetapkan oleh Penerangan UMNO Malaysia seperti Ceramah Penerangan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diikuti dan juga Slot Hala Tuju Penerangan UMNO oleh Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Suraya Yaakob.

Diharapkan segala pengisian yang telah disediakan oleh Penerangan UMNO Malaysia ini dapat memberikan ilham kepada para pemimpin, ahli dan akar umbi parti untuk terus bekerja dengan lebih kuat bagi menempuhi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 yang akan datang. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit