Muhasabah Ummah


SETIAP manusia pasti berhadapan situasi sukar dan payah dalam kehidupan. Di saat itu manusia akan menyedari betapa dia bergantung kepada Tuhan untuk merungkai kesempitan. Antara doa “mathur” yang datang dari Nabi (saw) memohon agar dimudah sesuatu yang sukar ialah:

اللَّهمَّ لا سَهلَ إلَّا ما جَعَلتَه سَهلًا، وأنتَ تَجعَلُ الحَزْنَ إذا شِئتَ سَهلًا

“Ya Allah tiada yang mudah melainkan apa yang kamu jadikan Engkau jadikan mudah. Dan Engkau jadikan kesukaran itu -apabila Engkau mahu- mudah”
(Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Perkataan “al-hazn” asalnya bermaksud tanah yang keras. Secara metaforanya bermaksud sesuatu yang sukar dan payah manakala “al-sahl” ialah tanah rata. Makna metofaranya ialah sesuatu yang mudah.

Doa ini bermaksud tiada yang mampu merungkai sesuatu yang sukar itu melainkan Allah. Sekiranya Allah mahu, dia jadikan segala yang sukar itu mudah. Maka mohonlah kepada Allah tanpa jemu.

Sebagai peringatan, ada yang silap membaca perkataan “al-hazn” dalam doa di atas sebagai “al-huzn” yang bermaksud dukacita. Ia lari daripada maksud asal doa.

Sekian

Disediakan oleh
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Timbalan Pengerusi
Majlis Ulama UMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit