Ziarah Makam Diraja Sempena Istiadat Hari Hol
![](https://umno-online.my/wp-content/uploads/2024/05/445473393_18430797061021630_868206286074985086_n.jpg)
PEKAN, 22 Mei — Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menabur bunga pada makam Almarhum Sultan Ahmad Shah ketika berangkat ke Majlis Tahlil dan Ziarah Makam Diraja Sempena Istiadat Hari Hol Yang Ke-5 Kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Makam Diraja, di sini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.