REPUBLIK KYRGYZ 17 MEI– Menteri Luar Negeri merangkap Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Haji Hasan mengadakan kunjungan ke atas rakan sejawat dari Republik Kyrgyz, TYT Zheenbek Kulubaev di Kediaman Negeri Ala Archa, Bishkek.Malaysia dan Republik Kyrgyz telah bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara berkepentingan bersama, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan, industri halal, sektor perlombongan dan pendidikan.