Majlis Makan Malam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

KUANTAN 16 MEI – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkesempatan bertemu warga pendidik di seluruh negara dalam Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Pahang telah dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 bertemakan ‘Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani’.Terima kasih kepada semua warga pendidik atas jasa bakti dan pengorbanan yang tidak terhingga dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi insan yang berjaya dan cemerlang.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.