Belia Dan Beliawanis Tonggak Pembangunan Negara Pada Masa Akan Datang
KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi melihat belia dan beliawanis merupakan aset negara dan Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei saban tahun adalah pengiktirafan kepada golongan berkenaan.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau seteterusnya berkata golongan tersebut merupakan sebahagian pemacu pembangunan strategik negara yang memerlukan sokongan serta dokongan daripada pelbagai untuk kepengingan negara serta seluruh negara.
“Pada tanggal 15 Mei setiap tahun akan disambut satu hari untuk meraikan golongan belia dan beliawanis seluruh negara. Hari Belia Negara yang disambut setiap tahun merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.
“Penganjuran HBN pada tiap tahun mampu memperkukuh potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara dan memperluaskan akses belia sesuai dengan kerangka Malaysia yang bergerak sebagai sebuah negara yang membangun,” katanya.
15 Mei saban tahun akan disambut dan diadakan program Hari belia Negara sebagai pengiktirafan kepada golongan belia serta beliawanis seluruh negara.
“Selamat hari belia kepada semua belia dan beliawanis seluruh negara, belia adalah Pewaris Bangsa dengan itu bertepatan tema hari belia Negara tahun ini ialah ‘YAKIN BOLEH’ kita yakin kepada semua belia di luar sana akan hadir dengan idea dan pandangan yang luar biasa untuk memimpin dan memajukan negara pada masa hadapan,” ujarnya. – UMNO Online