UMNO: 78 Tahun Perjuangan Survival Bangsa


78 tahun lalu, di Istana Besar, Johor Bharu bersidangnya Kongres Melayu ke-4 dan di situ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu tertubuh selepas Piagam UMNO diluluskan.

UMNO tertubuh bukan atas kebencian terhadap penjajah,

UMNO tertubuh bukan atas kebencian terhadap bukan Melayu,

UMNO tertubuh bukan atas kebencian terhadap orang Melayu yang tidak percaya kepada kekuatan bangsa.

Tapi UMNO lahir dari kasih sayang terhadap nasib bangsa dan sumpah setia kepada raja serta ketaatan kepada agama Islam yang tercinta.

UMNO lahir apabila melihat masa depan anak bangsa gelap apabila tiada kuasa.

UMNO lahir apabila melihat agama anak bangsa hancur apabila tiada kuasa.

UMNO lahir apabila melihat kuasa itu adalah kunci survival.

UMNO pernah berada di zaman gemilangnya. UMNO pernah berada di kemuncak kuasa.

Tapi hari ini UMNO tidak se gah dahulu. Namun UMNO tidak pernah lari dari asas perjuangannya.

UMNO masih lagi menjadi penjaga kepada kepentingan Bangsa Melayu serta memelihara kedudukan Islam di bumi bertuah ini.

Abaikan kata-kata mereka yang tidak faham tentang perjuangan UMNO tapi terbuai dengan kebencian kepada bangsa & parti lain.

Abaikan kata-kata mereka yang kononnya lebih baik dari UMNO tapi bila di berikan peluang berkuasa mereka khianat malah berulang kali mendukacitakan Yang di Pertuan Agong.

Abaikan kata-kata mereka yang tidak faham langsung tentang kepentingan kuasa dalam menjaga survival Bangsa & Kemuliaan Agama Islam.

Teruskan memegang obor perjuangan orang Melayu…

Teruskan menjadi tonggak survival Bangsa…

Teruskan memeliharan Islam & Melayu dengan kuasa yang ada…

Selamat hari lahir parti Keramat Umat Melayu…

Selamat ulang tahun UMNO Ke-78.

Teruskan perjuangan.

𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗦𝗛𝗨𝗞𝗥𝗬 𝗕𝗜𝗡 𝗥𝗢𝗦𝗟𝗔𝗡 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘒𝘦𝘵𝘶𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘜𝘔𝘕𝘖 𝘉𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘺𝘢𝘯𝘨. 𝘔𝘢𝘯𝘵𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘯𝘢𝘨𝘢 𝘗𝘦𝘯𝘨𝘨𝘦𝘳𝘢𝘬 𝘉𝘪𝘳𝘰 𝘛𝘢𝘵𝘢𝘯𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢. 𝘈𝘬𝘵𝘪𝘷𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘳𝘵𝘢 𝘱𝘦𝘯𝘤𝘦𝘳𝘢𝘮𝘢𝘩 𝘣𝘦𝘣𝘢𝘴 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘴𝘪 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬, 𝘱𝘦𝘳𝘭𝘦𝘮𝘣𝘢𝘨𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘴𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭𝘪𝘴𝘮𝘦

********************

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit