Muhasabah Ummah (2)


ISTIGHAFAR atau memohon keampunan daripada Allah adalah keperluan seorang hamba kerana setiap hamba tidak sunyi daripada dosa dan kesalahan atau kecuaian.
ISTIGHFAR menjadi wajib daripada sebarang dosa kecil atau besar. Ia menjadi sunat untuk memohon ampun atas kekurangan dalam melaksanakan perintah Allah atau atau perkara makruh yang dilakukan.

Dosa boleh menjadi sebab kepada rasa dukacita dan pelbagai kesususahan serta kesempitan rezki. Justeru Nabi (saw) bersabda

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا ، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا ، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Sesiapa yang melazimi ISTIGHFAR, ALLAH jadikan baginya daripada setiao kesempitan itu jalan keluar, daripada setiap kedukacitaan ada pelepasan dan Dia mengurniakan rezki tidak terduga
(Hadis riwayat Abu Dawud no 1518 dan Ibnu Majah no 3819)

Sekian

Disediakan oleh
Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali
Timbalan Pengerusi
Majlis Ulama UMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.