PRK KKB: Pengundi Jangan Terpengaruh Dengan Isu, Persepsi Negatif Dibawa Pihak Lawan – Azhari

KUALA LUMPUR, 4 Mei – Pengundi di Kuala Kubu Baharu (KKB) diharap tidak terpengaruh dengan persepsi negatif yang ditimbulkan oleh pihak lawan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bahru, kata Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari.

Katanya ia khusus membabitkan calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao, apabila wujudnya akaun palsu yang cuba mengambil kesempatan menyebarkan perkara yang tidak benar.

“Ada satu akaun palsu yang baru dibuat semata-mata untuk PRK ini dan kita kena cepat mengambil tindakan supaya tindakan tersebut dapat dilaksana dengan kalau boleh pihak bertanggungjawab dapat mengenalpasti mereka yang membuat akaun palsu agar dapat diambil tindakan.

“Walaupun ini tak mudah namun sekarang paling penting adalah pengundi jangan terpedaya. Ini bukan dibuat oleh pihak calon dan saya yakin serta percaya walaupun calon daripada Dap namun tentunya mereka tidak ada hasrat untuk membuat sesuatu perkara yang boleh menjejaskan perpaduan kaum,” katanya kepada UMNO Online.

Azhari berkata demikian bagi memberikan respon berkenaan adanya akaun Facebook yang menyamar sebagai Pang bagi menyebarkan isu-isu sensitif membabitkan orang Melayu.

Beliau dalam pada itu menyifatkan pihak yang membuat akaun palsu tersebut sebagai terdesak kerana mahu memberikan persepsi negatif melibatkan calon yang diketengahkan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Ini menampakkan seolah-olah ada satu situasi yang amat terdesak oleh pihak yang sebelah sana.

“Mereka ini dah tak ada cara lain untuk menang, untuk memenangi PRK dengan menggunakan kedah fitnah dan akaun palsu ini bagi memburukkan imej calon dan juga membuat persepsi yang negatif terhadap orang Melayu juga terhadap parti-parti daripada Kerajaan Berpaduan,” ujar beliau.

Terdahulu pada Sabtu, Pang diumumkan sebagai calon Kerajaan Perpaduan untuk PKR DUN KKB.

Suruhanjaya Pilinan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi PRK KKB di Selangor pada 11 Mei dan pengundian awal pada 7 Mei.

PRK KKB merupakan PRK ketujuh yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022 dan diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac Tepas akibat kanser. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.