PUTRAJAYA, 1 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) menyampaikan Anugerah Tokoh Pekerja Negara (OKU) Prof Ts Dr Zaidi Embong (berkerusi roda) pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Turut sama Timbalan Perdana Menteri I Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri), Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof (empat, kiri), Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong (kiri), Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (lima, kiri) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
PUTRAJAYA, 1 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) hadir pada Majlis Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Turut sama Timbalan Perdana Menteri I Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah), Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan), Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong (empat, kanan) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.