Menyambut Ketibaan Kapal Layar Tradisional Cina Fu Ning

MELAKA, 1 Mei — Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Kapten Kapal Fu Ning Abdul Ya Zaid Othman (dua, kanan) pada Majlis Menyambut Ketibaan Kapal Layar Tradisional Cina Fu Ning Terbesar di Dunia ke Melaka di Pelabuhan Tanjung Bruas di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Datuk Zaidi Attan (dua, kiri).
Kapal layar berukuran 41.6 meter (m) panjang, 12m lebar dan mempunyai ketinggian tiang utama 29m itu berlabuh di perairan negeri Melaka selama tujuh hari bermula hari ini bagi memperkasakan hubungan diplomatik antara Malaysia terutama Melaka dan China.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.