Pemuda Pas Pahang Patut Tegur Pemimpin Mereka Yang Gagal Urus Masalah Air Kelantan – Mohd Kamil

KUALA LUMPUR, 18 April – Pemuda Pas Pahang seolah-olah tertutup hijab mereka mengenai masalah air di Kelantan yang sudah berlarutan selama berpuluh tahun, kata Ketua Pergerakan Pemuda Negeri Pahang, Mohd Kamil Ibrahim.

Jelasnya, masalah air di Kelantan gagal diselesaikan oleh mereka dan jauh lebih teruk kerana ia berlaku setiap hari, bukan sahaja semasa musim lebaran.

“Alhamdulillah kita baru sahaja meraikan lebaran yang mulia dan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan. Belum lagi reda kebahagiaan bulan Syawal ini, mereka sudah mula menitip kata-kata nista memecah-belah sesama manusia.

“Islam ini mengajar erti kasih sayang bukan prasangka dan persepsi yang jahat. Kalau ikutkan hati dah lama saya nak isukan masalah air di Kelantan jauh lebih teruk walau bukan hanya pada musim lebaran, tapi tidak tergamak sebab memikirkan aib kepada negeri yang di tadbir Pas sebagai kerajaan negeri.

“Malu kita dengan bangsa dan agama lain jika kita pilih berbalah isu ini. Kerana tubuh badan Ketua Pemuda Pas ini tertutup hijabnya mengenai masalah air yang berlaku di Kelantan sepanjang masa. Bukan hanya ketika musim perayaan di negeri yang di tadbir Pas selama puluhan tahun. Saya ulang, puluhan tahun,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Menurutnya, kebanyakan bekalan air di Kelantan adalah sumber daripada air boring di bawah tanah menyebabkan rakyat di negeri tersebut sukaruntuk mendapatkan bekalan air bersih.

“Pengalaman saya pada tahun 2019-2021 sewaktu menguruskan sebuah projek di Bachok, Kelantan. Saya menyewa rumah inap di sebuah taman perumahan. Apa yang mengejutkan saya, air boring tanah digunakan sebagai bekalan air utama untuk setiap rumah di taman tersebut.

“Bayangkanlah perumahan pun menggunakan air boring tanah, apatah lagi di kampung-kampung. Kampung nenek mertua saya di Pantai Irama juga masih menggunakan air boring tanah ini dan tidak ada saluran paip untuk air bersih. Kini tahun 2024 dan rakyat Kelantan kebanyakannya masih bergantung kepada air boring ini.

“Kepada rakyat Pahang bayangkanlah jika Pas mentadbir negeri ini. Di kala pemimpin mereka bermegah dengan kereta-kereta mewah dan besar, rakyat masih merintih untuk mendapatkan air bersih,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau turut mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Ibrahim Tuan Man yang mendiamkan diri mengenai isu ini.

“Belum lagi kita kaji berapa banyak acara pecah tanah atau janji kerajaan Negeri Kelantan yang hanya tinggal janji. Hanya ada batu asas tetapi tiada sebarang pembinaan di lakukan. Cukup sekadar itu saya memilih untuk menutup aib apa yang berlaku di Negeri Kelantan.

“Kenapa Ahli Parlimen Kubang Kerian Kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Pahang berdiam soal ini? Saya tolong jawabkan, kerana beliau tahu masalah air ini sentiasa berlaku di parlimen beliau dan masih ada rakyat dikawasannya tidak menerima bekalan air terawat ini serta masih menggunakan air boring tanah.

“Selain itu beliau juga tahu usaha keras kerajaan Negeri Pahang mengatasi masalah air ini secara drastik dan tersusun berbanding Negeri Kelantan. Sebab itulah beliau berdiam diri. Saya dari dahulu tertanya-tanya Islam yang bagaimana Pas hendak bawa ini jika kebajikan rakyat mereka di abaikan,” katanya lagi.

Di samping itu, beliau turut mencadangkan agar para wakil rakyat yang diwakili oleh ADUN atau ahli parlimen Pas untuk membuat tinjauan adakah rakyat gembira dengan perkhidmatan mereka.

“Saya mohon maaf jika ada yang terasa kerana saya memilih untuk kita semua di pupuk dengan nilai kasih sayang dan sifat ihsan seperti mana yang di ajar agama Islam. Bukan mengambil kesempatan di dalam kesempitan.

“Allah tahu niat kita baik atau tidak walau kita cuba sorokan. Kepada Ketua Pemuda Pas Pahang, cuba lah tanya rakyat yang diwakili ADUN Pas Pahang. Adakah mereka gembira dengan perkhidmatan yang diberikan oleh ADUN mereka. Jangan tanya pada ahli Pas semata-mata.

“Cukup sekadar itu agar terjaga aib kita sesama Islam. Janganlah kita membuat ‘hint-hint’ tertentu kerana akhirnya ia akan menjadi fitnah besar dan mencetuskan pertelingkahan yang berpanjangan. Bukan itu ajaran Islam yang perlu kita didik kepada masyarakat,” katanya lagi. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.